|
Kenyataan Sumpah oleh CHEW SIEW
FONG |
Kenyataan Timbalan
Presiden JAMIS UPM |
|
Saya, CHEW SIEW FONG (No. Kad Pengenalan: 831125-08-5616) beralamat di 523,
Jln 18/6, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor, dengan ini
sesungguhnya dan sebenarnya mengatakan bahawa:-
1. Pada 17 Julai 2006 (Isnin), bos saya, Encik Chang Teck Peng (Ketua
pengarang Merdekareview.com) menyuruh saya pergi ke Universiti Putra
Malaysia (UPM) untuk membuat liputan berita tentang persatuan pelajar di
dalam UPM. Saya tiba di cafe k12 pada pukul 6 petang. Pada masa itu ,
Gerakan Mahasiswa Maju (GMM) UPM sedang mengadakan kaunter perkhidmatan. |
Wartawan Merdekareview telah diarah
untuk ke UPM, sememangnya telah menunjukkan perancangan rapi GMM
untuk mengadakan kekacauan di dalam kampus UPM. |
|
2. Pada pukul 6.30 petang, saya nampak Pengerusi Majlis Perwakilan Pelajar
(MPP) Abdul Manaf bin Ariffin mengetuai kira-kira 50 orang pelajar mara ke
depan kaunter perkhidmatan GMM. Timbalan pengerusi Majlis Tertinggi
Mahasiswa (MTM) kolej 12,Eddy Azuan menunjukkan kenyataan mengenai AUKU dan
menyatakan kaunter perkhidmatan Mahasiswa tidak didaftarkan dan tidak boleh
mengadakan aktiviti di dalam kampus.
  |
50 orang pelajar adalah satu
pembohongan NYATA. Kenyataan sumpah ini langsung TIDAK RELEVEN
dan TIDAK BOLEH DIPAKAI sama sekali.
 
GMM sepatutnya bersurai setelah
menerima amaran dari pemimpin mahasiswa tersebut. |
| 3. GMM tidak meninggalkan kafeteria kolej 12 kerana mereka tidak membuat
apa-apa. Kumpulan pelajar itu pun berundur ke tepi. Selepas 10 minit, mereka
balik ke kaunter GMM. |
GMM tidak ke
mana-mana, tidak membuat apa-apa. Benar. Selepas 10 minit, 'mereka'
balik ke kaunter GMM, kerana GMM telah sekali lagi menggerakkan kaunter
kebajikan mereka dan memulakan kekacauan. |
| 4. Mereka dengan kasarnya menolak meja, menarik kerusi saudari Wong Chai Yi
serta menolak kerusi saudara Ooi Tze Min dan saudara Ng Yong Jin sehingga
jatuh. Mereka juga bersorak-sorak, menjerit, bernyanyi dan menghentak meja
dengan kuat. |
Sememangnya tindakan
KASAR kumpulan mahasiswa tersebut WAJAR dilakukan, tanpa ada body
contact. Jika dirujuk semula dalam klip video, tiada langsung body
contact. Tindakan kasar
seperti menghalau dan bersorak adalah alternatif selepas GMM gagal
mematuhi peraturan kampus. |
| Mereka mengepong 6 orang pelajar GMM. |
Tindakan mengepong yang dilakukan
oleh sekumpulan mahasiswa, sepatutnya disedari oleh GMM seawal pembukaan
kaunter mereka. GMM sememangnya menanti-nantikan perkara ini berlaku
agar mahasiswa akan bersimpati dengan mereka.
 
6 orang pelajar GMM.
 
Pelajar GMM; MENGAPA BUKAN PELAJAR
UPM?
 
Adakah sudah wujud universiti lain
yang bernama GMM selain UPM?
Jika benar, silalah 'Pelajar GMM'
untuk keluar dari kampus UPM. Anda tidak diundang ke sini. |
| 5. Saya sebagai seorang pelatih wartawan, mula menangkap gambar, tetapi
pelajar-pelajar yang mengepong pelajar GMM cuba menghalang saya daripada
terus mengambil gambar. Mereka menggunakan kasut, bola rugby untuk
menghalang saya. Saya bercakap banyak kali â€Jangan Sentuh Sayaâ€. Mereka
tidak mendengar dan terus menghampiri saya. Ada seorang pelajar Melayu yang
memakai cermin mata banyak kali menganggu saya dan mendampingi saya. Saya
berasa terancam. |
Pelatih wartawan; adakah ini masuk
akal? Ataupun jika benar anda pelatih wartawan, adakah anda mempunyai
Surat Perakuan Latihan Praktikal untuk anda bertugas sebagai pelatih
wartawan di bawah naungan Merdekareview.com? Ini adalah kerana, anda
masih lagi bergelar mahasiswa, anda belumpun bergraduat. |
| 6. Sekumpulan orang mengepong pelajar GMM. Saya seorang perempuan pula
dikepong oleh beberapa orang lelaki. Saya berasa sangat takut. Mereka
melakukan perbuatan yang tidak senonoh di depan saya. Tiba-tiba, ada orang
menarik saya ke arah pelajar GMM. Nama dia Lee Huat Seng. Dia telah
menyelamatkan saya daripada keadaan yang teruk itu. Kami tidak membuat
apa-apa. Saya bersama-sama dengan pelajar GMM, berdiam diri, berdiri sahaja
dan menunggu ketibaan polis. |
Lee Huat Seng,
mahasiswa USM. Tidak dinyatakan mengapa orang luar ini dibawa masuk ke
dalam kampus? Adakah beliau mempunyai pas pelawat UPM? |
7. Mereka terus mengepong kami. Mereka menjerit-jerit di tepi kami. Saya
cuba mencatatkan perbualan mereka. Mereka merampas pen saya. Tiba-tiba, ada
orang cuba merampas kamera saya dari belakang. Kamera saya terikat pada
tangan kanan saya. Saya ditarik dan terjatuh bersama dengan saudari Wong
Chai Yi.
  |
Adakah ini cerita rekaan anda?
Bagaimana ia boleh dianggap sebagai
satu cerita yang benar, sedangkan anda sendiri telah melanggar
undang-undang universiti? |
8. Apabila polis tiba , saya berasa selamat dan menangis dengan kuat.
Orang-orang yang mengepong kami terus mengusik saya dengan meniru cara saya
menangis. Dalam seluruh kejadian, pegawai keselamatan yang bernama Yusof bin
Mohaideen pun berada di tempat kejadian (kafeteria K12), tetapi beliau tidak
menghalang kira-kira 50 orang pelajar daripada terus membuat kacau-bilau.
  |
Antara tugas seorang ayah di dalam
rumahnya, adalah untuk menghalau anjing dan orang asing daripada
memasuki kawasan rumah mereka.
 
Manakala, tugas seorang pengawal
keselamatan universiti adalah untuk menghalau orang luar masuk ke dalam
kampus. |
| 9. Selepas itu, kami pun membuat laporan polis di balai polis Sri Serdang.
Saya diberitahu bahawa polis telah mengklasifikasikan kes ini sebagai kes
jenayah. |
Jika anda sebagai seorang anak di
dalam sebuah rumah yang masih lagi anda mempunyai ayah di rumah itu,
anda melaporkan masalah anda kepada ayah orang lain di rumah sebelah,
dan ayah orang lain itu mentafsirkan kes anda sebagai jenayah dan
membelakangkan ayah anda sendiri. Fikirkan? |
10. Pada hari 28 Julai, saya telah dipanggil untuk berjumpa dengan
Jawatankuasa Siasatan di Kolej Muhamed Rashid (KMR), UPM pada pukul 10 pagi.
Pelajar lain yang turut dipanggil adalah saudara Ooi Tze Min, saudari Lim
Sok Swan dan saudara Kam Poay Hua.
11. Penyiasatan bermula dengan meminta kami menulis semula kronologi
kejadian tersebut. Selepas itu, kami dipanggil untuk memberi keterangan
seorang demi seorang, di dalam sebuah bilik yang berlainan.
12. Berikut adalah percakapan apabila tiba giliran saya untuk memberi
keterangan:- |
Tiada komen. Fakta anda ini mungkin
betul. |
| a) Pengerusi Jawatankuasa Siasatan, Dr. Abdul Rahman menanya saya, â€Anda
consider sendiri pelajar atau pelatih wartawan dalam kejadian kafe k12?â€
Saya menjawab â€Saya ialah seorang pelatih wartawan. †|
Mana dia surat yang mengesahkan anda
sebagai pelatih wartawan? |
|
b) â€Adakah anda pelajar UPM ?†Saya menjawab â€Ya.†c) Beliau juga tanya saya, sama ada saya telah mendapat degree saya? Saya
menjawab belum.
|
Oh...anda ialah pelajar UPM? Bukannya
pelajar GMM? |
d) â€Berapa ramai orang dikepong?†Saya menjawab â€6, 7 orang.â€
e) Beliau bertanya:â€Pasti?†Saya berfikir untuk seketika dan menjawab â€7
orang.†|
Anda pernah menyatakan sebelum ini
bahawa seramai 6 orang pelajar GMM dikepong? |
f) â€Mengapa anda terjatuh?†Saya menjawab:†Ada orang cuba merampas kamera
saya dari belakang dan saya pun terjatuh bersama dengan saudari Wong Chai
Yi.â€
g) â€Anda mahu laporkan ?†Saya menjawab:†Ya, kerana kamera saya cuba
dirampas dan rosak.†|
Bagaimana pula dengan kamera wartawan
Saudara Hamdi Hanapi yang mana kameranya dirampas dan terus dibawa lari
oleh ahli bersekutu anda? |
h) Pengerusi Jawatankuasa Siasatan Dr. Abdul Rahman memberitahu saya bahawa
saya perlu menyatakan nama dan fakulti orang yang merampas kamera saya. Saya
memberitahu beliau bahawa saya tidak kenal orang itu. Dr. Abdul Rahman pun
bercakap pihak UPM tidak dapat tolong. Saya kena cari investigator.
i) Beliau juga bertanya adakah saya mendapat kebenaran untuk masuk ke UPM.
Saya jawab tidak, kerana saya juga pelajar upm yang tinggal di luar kampus.
j) Beliau memberitahu saya bahawa saya tidak mendapat kebenaran daripada
pihak universiti dan tidak dapat menyatakan nama orang yang merampas kamera
saya, pihak universiti tidak akan bayar ganti rugi kepada saya. |
Anda sememangnya berpura-pura tidak
tahu bahawa sebagai seorang pelatih wartawan, ia adalah TERLARANG
untuk menjalankan tugas selain sebagai seorang mahasiswa UPM. |
|
k) Beliau seterusnya bertanya mengapa saya berada di kafeteria pada masa itu.
Saya menjawab saya datang untuk membuat liputan tentang persatuan pelajar. |
Anda bukannya membuat liputan, kerana
anda sememangnya ahli GMM yang telah terlibat dalam perancangan rapi GMM
untuk mengadakan kacau bilau dalam kampus. |
|
l) Beliau minta saya memberi definasi kepada â€keganasan†kerana saya menulis
perkataan â€keganasanâ€dalam laporan saya. Saya menjawab orang-orang itu
menolak orang, menjerit dan merampas kamera saya. Dr. Abdul Rahman pun
berkata, ini bukan â€keganasanâ€, tetapi â€kasarâ€. |
Anda tidak dapat tafsir definisi
keganasan? Encik Bush juga enggan menafsirkan istilah itu. |
| m) Dr. Abdul Rahman menanya saya mengapa tangkap gambar? Saya menjawab saya
sebagai seorang pelatih wartawan, saya perlu menjalan tanggungjawab saya.
Beliau bercakap: â€Kalau anda ditangkap gambar oleh orang lain, apa perasaan
anda?†|
Anda tidak menjawab pertanyaan â€Kalau anda ditangkap gambar oleh orang lain, apa perasaan
anda?â€...kerana anda MALU, dan TIDAK TAHU MALU. |
n) Beliau juga menanya saya dari mana saya dapat gambar? Saya bercakap dari
pelajar GMM.
o) Beliau bertanya: â€Kamera kamu telah rosak, mengapa kamu masih mendapat
gambar? Ada apa niat?†Saya pun bertanya balik: â€Ada apa niat?†Beliau
menjawab tidak tahu. |
Anda dapat gambar dari pelajar GMM?
Bukankah anda pelajar GMM? |
p) Beliau menanya saya adakah saya tahu tanggungjawab dan tugas saya? Saya
menjawab saya hanya mengikut arahan bos saya. Saya hanya melaporkan
kebenaran.
13. Seluruh proses penyiasatan ada direkodkan dengan kamera video. |
Sebagai seorang pelatih wartawan,
anda patuh arahan bos anda. Sebagai seorang mahasiswa, anda INGKAR
arahan bos anda di universiti. Sedarkah anda siapa bos anda di UPM? |
14. Saya tidak pernah mengaku di depan Jawatankuasa Siasatan bahawa saya
terjatuh atas kecuaian sendiri.
15. Saya mengatakan apa yang diakui di sini adalah dibuat secara rela tanpa
dipaksa oleh mana-mana pihak.Dan saya membuat akuan berkanun ini dengan kepercayaan bahawa apa-apa yang
tersebut di dalamnya adalah benar serta menurut Akta Akuan Berkanun 1960.
Diperbuat dan dengan sebenarnya )
Diakui oleh penama yang tersebut di atas )
Iaitu CHEW SIEW FONG )
Di Serdang, Selangor pada 23hb Ogos 2006 ) |
Anda membuat pengakuan bahawa
kenyataan anda ini adalah benar menurut akta tersebut. Bagaimana anda
berani BERBOHONG di hadapan Pesuruhjaya Sumpah? |
Dihadapan saya,
...............................................
PESURUHJAYA SUMPAH
|
Cetakan komputer tidak perlukan
tandatangan, mungkin? |
Pesanan buat Saudara Chang Lih Kang,
Anda menjunjung tinggi Perlembagaan
Malaysia (dan menolak sepenuhnya AUKU), diharapkan karya di dalam blog anda
selepas ini ditulis dalam Bahasa Melayu, kerana anda menjunjung tinggi
Perlembagaan Malaysia.
Anda sepatutnya tahu apakah bahasa rasmi
negara kita yang tercinta ini. Sekian.
Yang benar,
Syazwan bin Hj Anuar,
Timbalan
Presiden,
Jaringan Mahasiswa Islam Se-Malaysia,
Universiti Putra Malaysia (JAMIS UPM).